Search This Blog

Monday, January 31, 2011

Maher Zain sudah mahir berbahasa Melayu :)


ya ya ya.. saya juga peminat maher zain.
jgn igt peminat2 maher zain ni makcik2 tua jer..
selain dari koleksi metalica, manowar, ACDC, AFI, Black Sabbath, 
Red Hot Chilli Peppers dan segala rock + metal yg ada. aku pun minat lah nasyid nie. hehe
lagu2 maher zain ni akan aku dengar bila bwak kreta.
psal mmg aku tak boleh dgr lagu HEAVY dalam kreta.
kang aku jadi hantu jalan raya pulak. 
smua nak cocok, smua nak langgar, smua org aku nak bunuh. 
  DAHSYAAT!
so dari situ lah aku start dgr lagu2 maher zain. jiwa smakin tenang.
aku boleh biar kan smua kreta pecut aku, 
aku tak kisah pun klau traffic light lama sampai 1 jam, 
aku tak kisah pun klau aku bawak 20 km/h. 
mmg tenang. Syyyuuuur!
ini lah lagu maher zain, Insya' allah. Edisi Bahasa Melayu.
enjoy! lirik aku letak skali supaya korg boleh karok terus! Haha :D

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…
[chorus]

The FA Cup 5th round

So, some say it took us luck to even reach this stage.
after a poor performance against Southampton.
But still a win is a win, and the RED DEVILS ARE STILL UNBEATEN!
Hahahaha.. Kecek org puteh pulak aku skrg.

Klau nak tau, the English FA Cup dah masuk round ke-5
undian pun telah di buat. Berikut adalah hasil undian:

West Ham vs Burnley
Notts County/City vs Villa
Stoke vs Brighton & Hove Albion
Birmingham vs Sheffield Wednesday
Leyton Orient vs Arsenal
Everton/Chelsea vs Reading
Fulham vs Bolton/Wigan
AND!
MANCHESTER UNITED VS Crawley Town @ Old Trafford!
Crawley town ni adalah dari liga  BLUE Square bet PREMIER league.
Liga semi pro dekat England. Apa yg menariknya, nickname team ni pun RED DEVILS.

Aku pun tak tau lah sape yg tiru sape nie kan. 
tapi syaiton merah yg paling POWER! mesti lah dari Manchester kan. haha
so bercerita sikit tentang lawan United nie, diorg dari West Sussex.
Pencapaian tak byk. Tapi kira gempak jugak lah boley sampai 5th round nie.
Top scorer diorg ada lah Mathhew Tubbs yg berjersey number 9.
so jaga2 lah dgn dia ni. 
Prediction aku, Manchester akan letak 2nd team dan mng.
Owen akan score. Lindegaard jadi Keeper dan Fulltime 3-1 :)
INSYAALLAH MENANG!
Papehal, kita kena BELIEVE! ye dok? Hehehe..

Saturday, January 29, 2011

Throw Away Your BOOKS!

LEGAAAAA!!
Akhirnya sampai lah semester break.
tapi cuti semester break ni mmg cuti yg "budget"
apsal? psal gabung dgn Chinese New Year.
kasi lah semester break seminggu earlier than CNY. Kan kan kan? Hehe..

Sblum cuti, ini lah gambaran perasaan aku. eh, tapi aku lelaki..
ni version pompuan aku. cun jugak klau ni version pompuan aku kan? hahaha..

so cuti2 nie, boleh lah aku qada' segala hutang2 tido, charging tenaga, 
tgk movie2 sampai lebam, lepak dgn member sampai papa kedana 
dan makan sampai jadi badak.

org putih panggil coach potato. tapi itu lah tugas murni aku masa cuti..
jaga sofa,panaskan sofa dan make sure tak hilang.. tgk TV tu sampingan jer :)
cuti ni ada dua tiga plan yg dah di atur. Mountain biking dkat Putrajaya dan Extreme challenge dkat Skytrex, Shah Alam. Harap2 both menjadi..
 Klau ada member2 or aweks yg nak ajak kluar amatlah dialu alukan :P

so last but not least, HAPPY HOLIDAYS!
HAVE A BLAST
* agak2 lah blast sampai mcm ni

Friday, January 21, 2011

TOP 10 STEPS NAK TACKLE PEREMPUAN CANTIK!


okay, kau nampak minah hot dkat class, wayang, disko n etc..
kau nak masuk line. tapiii, pikir psal nak mengorat pun kau dah getar2 mcm engine bas.
hati berdegup kencang seperti genderang masuk perang.
hahaha.. chill2, tak kisah muka ensem ketidak. 
follow TOP 10 STEPS ni, dan Insyallah berjaya.

STEP 1 : BERHENTI PIKIR AKAN DI REJECT

selama ni, yg menghalang kau nak dpat awek cun adalah sikap kau sendiri.
sikap" alaa, mcm lah aku ada chance dgn minah tu, aku dah lah tak hot"
org putih panggil ni FEAR OF REJECTION.
sikap ni kena buang jauh2! sblum ape2 kau ada 100% chance.
tapi bila dia kata "im not single" baru lah pluang kau jadi 50%.
klau dia kata "im married" barulah pluang kau jadi 0%.
sblum nak masuk ngorat. buang mentaliti ni. atau just lupakan jelah minah tu.
KITA KENA CONDIFENT! YEAH!!

STEP 2: JANGAN MINTAK NUMBER HANDPHONE


okay, aku assume minah yg kau nak ni tak kenal kau dan dia hot.
prempuan mana2 mesti lah akan takut2 nak bagi number dkat jantan2 yg diorg tak knal.
pastu, klau prempuan tu hot. ayat mintak number telfon ni mesti diorg dah dgr byk kali
naik cair tahi telinga diorg dgr. nyampah pun ada. 
peluang nak dapat pun sgt2 tipis.
korg kena tukar plan! ikut step number 3.

STEP 3: CUBA TRY MINTAK EMAIL

Haa, kebarangkalian nak dpat email, facebook name atau ym lagi tinggi!
diorg pun akan rasa selamat sikit nak bagi :)

STEP 4: BERTINDAK CEPAT!

sebelum dia ubah fikaran nak bagi facebook dia dekat kau.
atau dia buat2 lupa.
better ambik kertas dan salin email dia. lagi pun tak syiok lah mintak byk2 kali
mcm desperado plak..

STEP 5: SENTIASA BERSEDIA NAK COUNTER


okay, melainkan anda adalah Chaning Tatum atau Antonio Banderas.
dalam 10 prempuan yg anda try. mesti ada satu atau dua yg akan jual mahal.
mesti ada saja alasan yg akan diberikan. 
dalam situasi begini, sediakan satu atau dua lawak2 bodoh anda.
jgn jadikan situasi tegang. 

STEP 6: JANGAN BIARKAN DIRI DILABEL "KAWAN"

niat anda bukan nak berkawan. tapi anda nak tackle si dia
klau anda dtg dgn secara innocent dan malu2. atau mcm sotong.
boom! hello new friend :)
datang lah secara confident dan berani!
let her get the message..

STEP 7: PRACTICE!

kau igt main bola jer kena practice?
nak ngorat pun kena. try ckap dgn cermin.
tgk reaksi2 muka anda apa bila bercakap. ada mcm james bond atau mcm monyet?
aturkan plan. ayat2 manis. lawak2. 
kau akan lebih confident nak tackle awek idaman anda nanti.

p/s: tolong jgn practice atau test2 power dgn prempuan2 yg anda tidak minat.

STEP 8: JAGA PENAMPILAN

bukan aku nak suruh kau dress up mcm james bond.
tapi first impression sgt lah penting. 
so rambut kasi setting baik. ketiak kasi check dulu.
baju tak nak lah ada sos cili. pampers kasi wangi punya. 
dan check smua tu dan kau dah READY!

STEP 9: DONT BE GELOJOH2 MAN!

fisrt time jumpa, takkan nak kluarkan soalan2 cepu mas.
"dah ada balaks?" 
jgn duk citer plan2 future kau dkat dia.
"i nak bwak u pegi makan emas utk date2 kita nanti"
amboi gelojoh nya.. awek baru kenal kowt.
benda2 tu akan create tense dan rasa tidak selesa kepada awek tersebut.
rilek2 dulu. dah jumpa 2-3 kali, baru lah tanya soalan cepu mas.

STEP 10: JGN LAMA2 SGT

utk pertemuan pertama, jgn biarkan lama2 sgt.
lagi lama dkat situ, lagi byk mistake akan dibuat.
soo dah dpt email, borak2 sikit, gelak2 sikit.
pastu hilangkan lah diri.
klau tak kemungkinan takde lah pertemuan kali kedua bagi anda..

Hahaha.. sekian saja top 10 saya minggu ini :)
bubye dan selamat mengorat!

Thursday, January 20, 2011

LIGA MALAYSIA / LIGA SUPER MALAYSIA BERMULA

Ya ya, tuu dia. Liga SUPER musim 2011.
New season, new kits, new players. New winners?
Owh no no, biar lah Selangor menjulang piala Liga Super lagi..

So, pada sape2 yg nak berjinak2 dgn bola sepak Malaysia.
meh sini saya intro2 sikit psal liga Super ni.
tahun nie lambang dan sponsor dah tukar. bukan lagi TM malaysia
tokey maxis pulak ambik alih, psal duit top up hotlink yg korg bagi dah melimpah limpah.
dia tak tau dia nak campak duit pegi mana. so sponsor lah liga super. 


then, sblum ni kita asyik tahu, Red Devils, Gunners, The Blues dan blaa blaa balaa..
Liga M pun ada Nickname2 nie:

Okay, beralih pada kits tahun nie. fuh2, smua nampak garang2 beb!
kita start dgn jersey team champions:
1. SELANGOR (THE RED GIANTS)!
 ni Jersey Home.
Ni jersey away.
2. KELANTAN (THE RED WARRIORS)
Home and away. *pehal muka idlan talha? nak gaduh ker?
Hahaha..
3. KEDAH (SANG KENARI)
 alahai,comelnya sang kenari :D

4. PAHANG (TOK GAJAH)
 awas, tok gajah dah mengamuk!
dia nak serang satu kampung! tahun2 sudah diorg tak menjiwai smangat tok gajah.
diorg semangat tok abah. tok abah dah tua. tu psal main bola pun dah tak larat. heheh..

5. PENENG FA (PANTERS)
 TUUUU DIA! Haaa, satu ketika dahulu peneng mmg di geruni. 
tapi lepas team depa duk pekena cendol dan rojak hari2. prestasi menurun.
nasihat saya, agak2 lah tambah nasi kandaq tuu..

6. PERAK (SELADANG)
 tahun ini, player paberet aku (akmal rizal) masuk team ni pulak.
dia lah yg akan mengembala seladang2 ni. smoga dia sukses!

7. PERLIS (SINGA UTARA)

ALLAHUAKBAR!
jersey goal keeper ker yg putih tu?
kalau mcm ni lah baju, mmg bola tak masuk celah kankang lah

8. SARAWAK(THE HORNS)

pasukan sarawak meninggal kan sumpit2 demi bola sepak negeri sarawak!

9. TERENGGANU & T TEAM
dgn kuasa dan hikmat keropok lekor. mereka akan berjuang!

Sekian dahulu ya. Jersey2 lain blum kluar.
p/s: tahun ni saya sokong SELANGOR, ermm ada jugak terpikir nak murtad kelab ni,
tapi lepas nampak fakta menarik yg di bwah ni, terus tak jadi. hehe..
*gambar ikhsan dari : sokernet.blogspot (laman web rasmi bola sepak)

Tuesday, January 18, 2011

Road Block Pak Polisi yg Sinis

10 January 2011 pkul 8.50.
setiap hari isnin aku ada kelas Mechanics of Material. 
Lecturer mmg gangster! tak boleh lambat.
ayat hari pertama dia masih segar di ingatanku. Haha..
ayat dia berbunyi "If u late come to my class, I swear to God. Ill chase you out off the class"
klau dkat UNITEN sape lah tak kenal Mr Tan.
Hoho.. Jgn tertipu dgn muka ni, dia ni memang gangster wa cakap lu!
ni gambar dia masa dia bertugas dgn tentera jepun. Haha :D

Soo, rushing lah aku ker Uniten hari tu..
blum pernah aku pergi uniten pagi2 ada road block. tak tau lah nape hari tu ada pulak.
mmg hampir selalu aku tak pakai seat belt.
bukan psal ape, perut aku yg buncit ni haa..
klau pakai seat belt, susah nak nafas dan boleh sembelit. Haha :D
so pendek cerita aku kena tahan psal tak pkai seat belt. 
so aku pergi ke tepi, nak di interview sekejap kowt.
then mula lah kami bersembang,

PP(Pak Polisi): tak pkai tali pinggang kan?
SF(SiFreddy): betui bang (aku ni mmg suka ngade2 ckp peneng, padahal dduk KL jer)
PP: haa, bila ada road baru tergagai kau pkai seatbelt.
SF: *aku hanya mampu tersengih. lakonan tak menjadi.
PP:abes tu? saya saman lah ya?
SF: bang tolong lah bang, saya ni student bang, duit tak byk, cukup2 makan jer.
PP: aii, student dgn org biasa saman sama jer. takde beza.
SF: bang, saya hari ni btul2 kelam kabut sikit. betul2 terlupa.
PP: Hmm, mcm ni lah. Kau bagi aku number telefon kau, setiap kali kau nak kluar, aku telefon kau ingatkan pkai tali pinggang. (mmg raja lawak lah ayat dia) 
SF: Hehe (senyum kambing skit), Bang saya bukan selalu buat benda2 mcm ni (*padaahal), hari ni kepala saya tak betul skit, Saya janji lah bang tak buat lagi.
PP: ahh kau,  tak payah janji2 manis. dah2 gerak.
SF: Terima kasih bang :)

YES! aku berjaya lepas. hehe..
p/s: sumpah lepas ni aku pkai tali pinggang selalu!
aku rasa, polis2 mmg lawak. dalam keadaan org cuak2 pun boleh create lawak.

Saturday, January 15, 2011

FUTSAL JERSEY AND TEAM NAME? Hmm..


okay, kami selalu bermain futsal.
hampir setiap minggu mesti ada skali main.
klau seminggu tanpa futsal, hidup tak tenang. mandi pun tak wangi.
rasanya syiok jugak klau ada baju team sendiri..

so di sini aku ada letak beberapa sample baju.
dalam byk2 ni mana idaman hati korg?

okay, kita start dgn baju adidas ni. 
jujur cakap. ni baju pilihan hatiku. chewah2.
cuba kau tgk team ni., smart tak smart?
aku tanya psal baju diorg, bukan muka ya. Hehe..
baju ni ada colour2 lain jugak, 
ada colour, mcm spain jugak.

baju kedua nie, adidas jugak.
contoh org dah buat:
Baju mcm ni ada colour2 lain jugak. 


next, nike total 90:



contoh org lain: 

next, adidas yg nie.
atau
atau, 

atau kalau nak rasa mcm kelab italia sikit kita pakai lotto / kappa

nak rasa mcm ronaldinho masa bermain?
try tgk sleeveless ni sat..



okay. itu sahaja sample baju yg aku rasa best2.
skrg kita citer psal fonts plak..
 font liga perdana
 font brazil
 font barcelona
 EPL
 Madrid 09
 Puma
 Madrid
 US
 WC 10
 WC

Haa.. So skrg baju kita dah cerita, font pun dah cerita.
Budjet? Hmm, aku rasa nak pau korg antara rm 20- rm40.

Psal number korg, first come first serve ya.
inform dkat aku cepat2 number korg. 
For your info: Number 10 dah diambil Safee Sali ya. Hehe..