Okay, next sem aku nak pegi Latihan Industri.
tempat dah dpat.
Sblum melangkah masuk ke alam pekerjaan ni,
aku telah memantapkan diri aku dgn skill2 penting dlam dunia pekerjaan
dapat dirumuskan ada 5 smua skali
skill2 ini akan menampakkan korg lah
MANUSIA PALING RAJIN DLAM PEJABAT
*tapi padahal, korg lah pemakan gaji haram no 1 syarikat.
Hahaha :D
1. Banyakkan berjalan.
bila berjalan kehulu dan kehilir, org igt kau ni mesti sibuk
naik turun tangga syarikat kononnya jumpa boss,
jumpa kerani, jumpa smua org lah sng citer.
tapi jalan tu jgn tangan kosong.
letak lah file penuh kertas dan bwak planner sambil rushing2.
org lain mesti igt kau pegi mesyuarat, padahal belari pegi mamak sbelah.
setiap 2 jam buat mcm ni, jgn setiap 30 minit kau nak buat mcm ni.
KANTOI LAH!
2. Cari mangsa / member borak.
Aku bagi korg tempoh seminggu,
cari mangsa/member yg boleh kau boleh bwak borak.
aku rasa yg paling kuat pegi pantry tu lah yg paling kuat borak.
dah jumpa, bosan2 kau pegi tempat dia..
memula acah2 lah tanya psal kerja. pastuu meleret lah korg beborak.
klau ada org lain lalu, cuba lah selit bahasa2 kerja sikit.
mcm "meeting", "report", "bos kata", "drilling", "contractor"
paling kurang mesti 15-20 minit kau BURN begitu saja dgn tactic ni.
3. Meja Bersepah
pastikan meja korg mcm kena landa tsunami.
INGAT meja org sibuk, adalah meja yg bersepah!
lepak lah benda2 mcm pelan, checklist, surat2 penting.
kasi terbenam komik2 yg kau sorok bwah timbunan tu.
4. Desktop komputer.
Bukak byk2 tab. tab wajib yg perlu ada:
i. kerja separuh siap kau
ii. laman web syarikat
iii. benda2 "research material" korg
tak kira mcm mana, tab dkat bwah tu kasi penuh dgn benda2 kerja je.
AMARAN:
*jgn bukak benda2 tak patut dkat opis, skrg byk opis sekat dan kawal ape korg tgk.
jgn bukak facebook dan kejadah smua tu. jaga nama UNIVERSITI.
UNITEN GENERATES PROFESSIONAL. IGT!
nak curi ayam pun biar kelihatan professional. hehe..
bwak lah blackberry atau iphone klau nak online.
berdoalah WIFI mamak sbelah sampai dkat tempat kau.
5. MUKA!
ini paling penting! THE THINKER POSE
muka biar ketat pandang screen komputer tu.
INGAT! Org yg sibuk, takkan sengih2 dan senyum.
muka biar berkerut. walaupun korg pandang screen saver skali pun.
klau sape2 pkai specs tu, kasi spec tu sampai hujung hidung.
aku tak paham gak, tapi org tua slalu buat mcm tu.
nampak mcm rancak membaca + berfikir lah klau mcm tu..
kann ilmiah giteww.. ahaks!
selamat ber"internship" ya kawan2.
all the best and safety first bagi yg kena pegi site, mcm aku :P