Search This Blog

Wednesday, April 27, 2011

NAK ANAK MACAM NI!!


Amboi! Gaya tajuk mcm lelaki DESPERADO je..
Ahaha, Chill2.. Bukan begitu maksud aku..

Ni haa, nak ceciter ttg BAERKE VAN DER MEIJ


Sape dia lah mamat nie?
Haa, sbnarnya mamat nie baru berusia 18 BULAN.
tak reti baca, tapi dah reti sepak bola.
blum berhenti pakai Pampers, dah ada club yg Sign dia as a Professional.
dapat contract 10 tahun plak tu..
Masih menetek tapi dah Famous. Hahaha..

Club mana yg sign dia ni?
club dari Eredivise (liga belanda) VVV-Venlo


ini lah komen dari pihak VVV-Venlo

The toddler joined VVV's star midfielder Ken Leemans during a training session in De Koel Stadium on Tuesday before being offered the "symbolic" contract.
"The toddler's favourite position has not yet been determined. However, we can speak of a right-footed player with a very good kicking technique, perseverance and, importantly: football genes via his grandfather," said a VVV Venlo press release.


alololo, comel nye dia sign kontrak.. 


dia tak paham ape org tua tu tulis, org tua tu pun tak paham ape dia tulis.
*gandingan mantap!


Yeay, aku lagi comel dari Justin Beaver! 

Haha.. ni video dia.


amacam? stail tak stail?
stakat iklan beckham yg ni:


budak ni kentut je lah.. haha..


erm, Arsene Wenger tak nak beli ker? hehe..

Adakah Kita Lelaki Pelindung atau Perosak?

Yaa, satu lagi artikel yg aku rasa POWER dari http://www.iluvislam.com
aku just copy n paste dari mereka. 
sesungguhnya aku tak mampu nak menulis sebuah artikel yg begitu cantik.
tapi rasa agak rugi klau tak dikongsikan dgn member2 lain. 
so baca lah, dan insyallah kita semua beroleh manfaat :)


Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.

Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?

Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikuttrend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to anotherSilap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.
"Merosakkan?"
Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?
Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?
Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.

Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. 
Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.

Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!
Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita sentiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...
Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?
Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?
Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah(pengakhiran yg baik)? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?
Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)
Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.

SO CHOOSE YOUR STAND!
TO PROTECT OR DESTROY? 
*chewah, mcm citer Transformer plak.


Monday, April 25, 2011

Rule's nak add prempuan di Facebook?


nak add pompuan pun ada syarat ke fred?
ada lah bro.. syarat ni bukan aku yg buat. 
pompuan jgak yg buat.
pernah tak korg add pompuan ni, pastu tanpa diduga dia remove kau..
haha. aku yg kurg hensem ni pernah kena.
pastu aku pun tak paham, apehal lah aku kena.
huduh sgt ker den ni? hahaha..



so aku pun pegi lah Gua Niah utk mengkaji.
rupanya ni lah hasil kajian aku:


ada pahem? 
tapi klau kau nie "chickmagnet" atau Justin Beiber, no problem lah :)

Saturday, April 16, 2011

Safee Sali LAGI!


minggu ini safee sali dah berjaya tambah 1 goal + 1 assist.

malam rabu (13.4.2011) lawan Persela (AWAY).
1-1 (safee sali '49)

malam smalam (16.4.2011) lawan Deltras (AWAY).
0-2 (Dedi Kusnandar '56, Joko Sasongko '62 assist Safee)
bagi mereka2 yg tidak tahu. team Deltras mmg team belasahan.
slalu kalah dan kalah besar!
kali ni aku rasa, inilah persembahan Safee yang paling mantap stakat nie.
nampaknya, Coach Pelita Jaya semakin percaya dengan kemampuan Safee.

dan sejak pembelian Safee, Pelita Jaya kian mara di puncak klasemen(table)
*click utk resolution BESAR
Dulu sebelum kemasukan Safee, Pelita Jaya number 14 beb!
dia bawak naik sampai number 10 skrg.
RESPECT!

enjoy these video's :)
Persela Vs Pelita Jaya

Deltras Vs Pelita Jaya
Superb Performance! Man Of The Match!

TREBLE RUN ENDS (SMALLING PUNCA!)


Haha.. Agak kelakar. dalam TEMPOH 24 JAM, dua entry aku post.
satu cerita Treble, lagi satu ttg berakhirnya treble.
Salah satu bukti yg Allah itu maha kuasa.
"kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yg menentukan"

mcm mana Berbatov boleh miss?

mcm mana carrick and van der sar boleh buat silap?

mcm mana scholles boleh buat kerja foolish?!


ape2 pun aku tetap salah kan Chris Smalling.
kenape? dia dah Physco team sendiri..
cecuba try tgk video nie


KALAH PES AWAL2 LAGI..
sape tak physco bai.. hahaha..
bengong lah, United punya lah kuat dalam PES, boleh kasi kalah.
nampak sgt tak prektis.

Ape2 pun. GoodBye Treble.
See Ya next year :)

TREBLE MANCHESTER UNITED. ADAKAH SEKADAR MIMPI DAN ANGAN KOSONG?

Okay, ilham post ini datang pabila,
salah seorang member facebook posto dkat wall dia begini:
Hahaha.. Klau Usop Wilcha dah menjerit "KITE BAKOR!"

Okay, nak membukti kan dekat hampa semua kenapa cerita treble man united bukan sekadar angan2.
AKU BAGI 5 SEBAB MUSABAB!

1ST: HISTORY SHOWS WE CAN DO IT!

bagi pada sape2 yg tak tau. atau lupa.
Season 1998/99, United pernah gondol Famous Treble.
FA Cup + EPL +CL = Treble!
so, pengalaman dah ada disitu.

2ND: TEAM TENGAH ON FIRE!

wayne rooney yg sblum nie sibuk mencari jalan kebenaran, telah kembali ke jalan yg lurus.
tapi, team United tidak bergantung semata2 di atas bahunya sahaja.
United masih mempunyai Hernandez, Nani, BERBATOP.
klau mereka pun tak bley score, Park Ji Sung, Giggs dan Valencia masih ada.
Smua sangap goal.
injuries pun kurg sekarang. hanya Owen Hargreaves jer yg tak elok2.


momentum Manchester United memang tak boleh dikejar lagi. Bagai Concorde yang sedang berlari di landasan pada kelajuan lebih 300km/j. Tiada pilihan untuk berhenti, hanya mahu terbang tinggi.

3RD: LALUAN MUDAH?

Hehehe, yg nie kerek sikit.
Okay, FA CUP kita jumpa City dkat Semi's
Tevez injured.
ketiadaan Tevez bagi Manchester City bagaikan sebuah kapal yg sarat penumpang tanpa nakhoda,
tidak bergerak dan tidak mampu berbuat ape2.
dan, jika United sampai ke final. hanya akan berhadapan dgn

Fergusen sangat mengambil berat tentang FA Cup dan ingin memenanginya.
laluan United SANGAT SUKAR. Liverpool, kemudian Arsenal.
tapi masih mara!

Champions League?
jumpa schalke 04 jer..
hehe, tapi gua takut sama mamat nie

dia ayamkan Inter mcm anak ayam!

EPL?
yg ni malas nak cakap lah.
lu tengok table skrg sudah..

4TH: SEMANGAT KENTAL!
Season ni, berbuih dah commentator/pundits sebut psal "NEVER SAY DIE" spirit dkat United.
Beiber mampu nyanyi never say never jer..
mmg determination pasukan season ni luar biasa.
harap2 tak bertukar jadi over condifend sudah..

tapi comeback dkat Uptown Park lawan West Ham mmg dahsyat!

What?! FACKRUL! WHAT!!
** hehe, tak bley mencarut2. nanti blog aku kena ban.

5TH: WE BELIEVE SIR ALEX
kalau alex fergusen dah cakap:
"It is 14 games in two months if everything goes our way and, at United, we are used to this kind of thing, which is to our advantage. In the past I have said many times that to win just one trophy would be great. But we have to take the chance of winning all three now. We can repeat the treble of 1999."
aku pun angguk saje :)

jadi, disini harap2 aku berjaya ceciter dan kasi hampa semua faham,
bahawa cerita2 treble ni bukan angan2 smata.
tapi dilakukan dgn calculations, statistics and history lessons.

**klau manchester United tak angkat treble season nie, mesti gua kena bedal ^^"